Saturday, September 22, 2007

Uzur berpuasa

Soalan :
Assalamualaikum

-Ustaz, saya nak bertanya sedikit. Saya ada seorang ayah yang sedang uzur dan mmg tak mampu untuk berpuasa. Tahun-tahun lepas, walaupun dia uzur tapi masih lagi mampu berpuasa, cuma tahun ni, tahap keuzurannya meningkat menyebabkan dia tak larat utk berpuasa. Memandangkan tahap keuzurannya, saya tak fikir dia akan mampu mengganti puasanya nanti.

Soalannya, bolehkah anak-anaknya menggantikan puasa bagi pihak beliau?

TQ



Jawapan :

Tidak payah berpuasa untuknya samaada masih hidup atau mati oleh anak-anaknya lelaki atau perempuan. Apa yang perlu ialah membayar fidyah untuknya dengan kadar secupak sehari jika masih hidup, kerana ibu bapa yang tua uzur itu sudah terhapus taklif berpuasa untuk mereka disebabkan ketuaan mereka. Kalau mereka mati belum dibayar fidyah, boleh dibayarkan oleh anak-anaknya selepas mati. Inilah pendapat yang paling rajah antara dua pendapat mengenai fidyah orang tua lelaki dan perempuan. Dalilnya bacaan qiraat Ibnu ‘Abbas :

Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu (al-Baqarah 184).

Ibnu ‘Abbas membaca dengan fathah pada huruf ط pada ayat يُطَوِّقُوْنَه yang membawa makna: Ditaklifkan berpuasa dan mereka tidak berdaya untuk berpuasa. Ini adalah pendapat Abu Hanifah, Ahmad, Syafie, diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar dan Ibn ‘Abbas, Anas bin Malik dan Abu Hurairah R.A. Athar daripada Ibnu ‘Umar R.A yang diriwayatkan oleh Dar Qutni daripada Nafi’daripadanya.

Athar daripada Ibnu ‘Abbas R.A pula diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada hadith ‘Ata’ bahawa beliau mendengar Ibnu ‘Abbas R.A membaca; وعلى الذين يُطَوَّقُونَهُ فدية طعام مسكين .

Kata Ibnu ‘Abbas ayat tidak dimansukhkan, ia adalah untuk orang tua lelaki dan perempuan yang tua, uzur dan tidak berdaya untuk berpuasa diganti dengan diberi makan setiap hari seorang miskin. Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada hadith Said bin Jubair daripada Ibnu ‘Abbas seumpamanya, dan jalan lain terdapat dalam Sunan al-Baihaqiy.



Wallahua’lam.

No comments: