Thursday, November 8, 2007

Serangan lima gadis samseng


Pelajar perempuan tahan derita ditumbuk, ditendang selama 10 minit

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu depan terpaksa mengulang kaji pelajaran di katil hospital selepas diterajang ala kungfu oleh sekumpulan rakan perempuan sekolahnya di Taman Maluri, Cheras di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, Siti Ruhana Mohd Ramli, 17, ditumbuk di perut dan diterajang di bahagian kemaluan.

Berikutan itu, mangsa mengalami kesakitan dalam perut serta pendarahan ketika membuang air kecil.


Menceritakan kejadian itu, Siti Ruhana berkata dia dipanggil seorang pelajar perempuan dari kelas lain ketika khusyuk mengulang kaji pelajaran.

Jangan sertai perhimpunan haram Sabtu ini, kata Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR 8 Nov — Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang di Dataran Merdeka di sini Sabtu ini kerana ia mampu mencetuskan kekecohan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya, memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan tidak mendapat permit, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan itu daripada diadakan.

Musa berkata, walaupun ada yang mendakwa ia perhimpunan aman, namun polis meragui tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan.

“Ini kerana mereka (penganjur) didapati membuat hebahan yang begitu meluas mengenainya, sama ada melalui majlis-majlis ceramah, forum, penyebaran SMS, penggunaan laman-laman web, pengedaran “handbill” dan sebagainya sejak beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama kata beliau, mereka juga mengeluarkan panduan-panduan kepada orang ramai tentang cara-cara untuk menghadapi pihak polis melalui laman-laman web.

Kumpulan yang menamakan diri mereka “Bersih” merancang mengadakan perhimpunan disertai 100,000 orang pada pukul 3 petang Sabtu ini sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara.

Musa juga berkata, tindakan penganjur berkeras untuk meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan dan perarakan yang besar boleh menimbulkan kesesakan lalu lintas yang teruk, bukan sahaja di kawasan Dataran Merdeka malah seluruh ibu kota.

“Perhimpunan serta perarakan yang disertai oleh orang ramai secara besar-besaran juga tidak mustahil akan berlaku kekecohan sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

“Polis khuatir ada pihak-pihak dan anasir-anasir yang tidak diingini dan tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk mencetuskan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak terkawal sehingga akhirnya bertukar menjadi demonstrasi jalanan dan rusuhan ganas,” katanya.

Katanya, keadaan tersebut akan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai dan boleh menjejaskan aktiviti perniagaan serta membawa kepada kerosakan harta benda awam.

“Kerjasama orang ramai dalam mematuhi peringatan ini amat-amatlah dihargai bagi memastikan keamanan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata perhimpunan tersebut diharamkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman pada 6 Nov lepas.

Katanya, permohonan untuk mengadakan perhimpunan dibuat pada 3 Nov lalu, tetapi ditolak baru-baru ini.

“Persatuan itu boleh membuat rayuan, namun sehingga semalam tidak ada rayuan dibuat. Ia adalah perhimpunan haram,” katanya pada persidangan akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini hari ini.

“Orang ramai yang didapati berada di situ dengan tujuan untuk menyertai perhimpunan tersebut adalah salah, dan tindakan undang-undang ke atas mereka akan diambil,” katanya.

Beliau berkata, sekatan jalan akan diadakan di beberapa tempat manakala orang ramai dan kenderaan dari luar ibukota akan diperiksa.

Zul Hasnan berkata, kira-kira 4,000 anggota akan dikerah di sekitar kawasan tersebut untuk “menyuraikan dan menahan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan seperti rusuhan dan pergaduhan”. -Bernama

"Esok, himpunan 10 Nov, saya tetap akan turun"

Anwar Ibrahim
Fri | Nov 09, 07 | 6:02:08 am MYT

Suara rakyat akan kembali ke Dataran Merdeka Sabtu ini apabila puluhan ribu rakyat Malaysia akan melaksanakan hak demokratik meeka untuk berhimpun secara aman menuntut perubahan sistem pilihan raya negara.
Desakan kami kepada kerajaan untuk melaksanakan perubahan ini tidak diendahkan. Mereka telah mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan institusi demokrasi di negara kita dapat berfungsi dengan baik. Maka rakyat Malaysia menuntut Raja-Raja Melayu untuk memastikan kerajaan Malaysia melaksanakan amalan asas bagi pilihan raya yang telus dan adil sebagaimana dilaksanakan di demokrasi moden di seluruh dunia.

Bukti penipuan cukup jelas dan lengkap. Skandal kehakiman terbaru membabitkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz menunjukkan seluruh jentera kerajaan telah disalahgunakan untuk melindungi dan memelihara kedudukan pimpinan Umno.

Media bebas telah menerbitkan analisis yang cukup mendalam tentang kesan penipuan termasuk penggunaan pengundi hantu dan tekanan terhadap pengundi. Seramai 40,000 undi haram telah dikenal pasti di Selangor sahaja bagi Pilihan Raya Umum 2004. Dalam 12 bulan kebelakangan ini, kami mempunyai bukti bagaimana pengundi yang dikira menyokong pembangkang dipindahkan keluar dari daerah-daerah di mana sokongan Umno lemah.

Jika Suruhanjaya Pilihan Raya yakin dengan ketelusan pengurusan pilihan raya, mengapa mereka tidak membenarkan pemantau antarabangsa untuk masuk ke negara bagi memerhati dan melaporkan proses pilihan raya kita? Mengapakah tawaran kerjasama oleh badan antarabangsa dan serantau tidak diendahkan atau ditolak?

Saya mendesak pihak berkuasa untuk menghormati hak rakyat unuk berhimpun secara aman.

Saya mengalu-alukan inisiatif Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) kerana menganjurkan perhimpunan aman ini dan saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam acara bersejarah ini. Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajan demokratik yang boleh dibanggakan dan kita mesti bersedia untuk berjuang mencapai matlamat tersebut.

Friday, October 26, 2007

Tuesday, October 9, 2007

bagaimana dengan mani wanita?

Persoalannya…

1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita???…adakah pada keghairahannya???

2) Jika air mani wanita itu ada atau terkeluar….sudah pasti puasanya batal….adakah wanita atau isteri tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa jer???sbb tak berlaku persetubuhan hanya muqaddimah jer…

Mohon Penjelasan

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وبعد
Quote:
1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita???…adakah pada keghairahannya???

Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yg ada salah satu daripada tiga;
1) bau yg kurang enak. masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya spt putih telur.
2) keluar dengan memancut.
3) keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.

(bagi yg wanita: agak cair dan warnanya kekuningan).

Dinukilkan daripada kebanyakan ulama ketiga2 sifat di atas adalah pada mani lelaki dan juga wanita. dan ada fuqaha yg kata: mani wanita hanya dikenali dengan ciri no: 3 sahaja.

rujukan: Fathul Aziz 2/121, majmuk nawawi 2/141, syarah mumti’ Uthaimin 1/277-278.
Quote:
2) Jika air mani wanita itu ada atau terkeluar….sudah pasti puasanya batal..

jika terkeluar mani samada lelaki atau wanita dengan cara mubasyarah, maka batal puasa. ini pendapat keempat2 mazhab. Dalilnya:
1) Ada hadis sahih menyebut ttg puasa, iaitu: “Meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya kerana Aku (Allah)”. Bukhari 2/670.

2) Qiyas kepada muntah dengan sengaja. sebagaimana muntah melemahkan badan kerana makanan keluar, begitu juga mani melemahkan badan apabila keluar. maka sengaja mengeluarkannya membatalkan puasa.

-diceduk drpd syarah syeikh muhammad al-syanqiti hafizahullah.
Quote:
adakah wanita atau isteri tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa jer???sbb tak berlaku persetubuhan hanya muqaddimah jer…

Kaffarah hanya dikenakan dalam permasalahan jimak. manakala mubasyarah, dan seumpamanya TIDAK mewajibkan kaffarah sekalipun sehingga keluar mani.

Kecuali anda memilih pandangan yg mewajibkan kaffarah jika berbuka puasa dengan apa cara sekalipun, hatta makan dan minum

Saturday, September 22, 2007

Uzur berpuasa

Soalan :
Assalamualaikum

-Ustaz, saya nak bertanya sedikit. Saya ada seorang ayah yang sedang uzur dan mmg tak mampu untuk berpuasa. Tahun-tahun lepas, walaupun dia uzur tapi masih lagi mampu berpuasa, cuma tahun ni, tahap keuzurannya meningkat menyebabkan dia tak larat utk berpuasa. Memandangkan tahap keuzurannya, saya tak fikir dia akan mampu mengganti puasanya nanti.

Soalannya, bolehkah anak-anaknya menggantikan puasa bagi pihak beliau?

TQ



Jawapan :

Tidak payah berpuasa untuknya samaada masih hidup atau mati oleh anak-anaknya lelaki atau perempuan. Apa yang perlu ialah membayar fidyah untuknya dengan kadar secupak sehari jika masih hidup, kerana ibu bapa yang tua uzur itu sudah terhapus taklif berpuasa untuk mereka disebabkan ketuaan mereka. Kalau mereka mati belum dibayar fidyah, boleh dibayarkan oleh anak-anaknya selepas mati. Inilah pendapat yang paling rajah antara dua pendapat mengenai fidyah orang tua lelaki dan perempuan. Dalilnya bacaan qiraat Ibnu ‘Abbas :

Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu (al-Baqarah 184).

Ibnu ‘Abbas membaca dengan fathah pada huruf ط pada ayat يُطَوِّقُوْنَه yang membawa makna: Ditaklifkan berpuasa dan mereka tidak berdaya untuk berpuasa. Ini adalah pendapat Abu Hanifah, Ahmad, Syafie, diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar dan Ibn ‘Abbas, Anas bin Malik dan Abu Hurairah R.A. Athar daripada Ibnu ‘Umar R.A yang diriwayatkan oleh Dar Qutni daripada Nafi’daripadanya.

Athar daripada Ibnu ‘Abbas R.A pula diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada hadith ‘Ata’ bahawa beliau mendengar Ibnu ‘Abbas R.A membaca; وعلى الذين يُطَوَّقُونَهُ فدية طعام مسكين .

Kata Ibnu ‘Abbas ayat tidak dimansukhkan, ia adalah untuk orang tua lelaki dan perempuan yang tua, uzur dan tidak berdaya untuk berpuasa diganti dengan diberi makan setiap hari seorang miskin. Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada hadith Said bin Jubair daripada Ibnu ‘Abbas seumpamanya, dan jalan lain terdapat dalam Sunan al-Baihaqiy.



Wallahua’lam.

Monday, August 27, 2007

Pasangan ‘melekat’ dikejar ke hospital



aSIBU, 14 Ogos: Sepasang kekasih terpaksa mendapatkan rawatan setelah kedua-dua mereka ‘melekat’ pada satu sama lain ketika mengadakan hubungan seks.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada malam Sabtu lalu, di sebuah tempat di Pantai Mukah.


Terdahulu, pasangan tersebut yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa memaklumkan kejadian itu kepada rakan mereka untuk mendapatkan bantuan.

dTersentak dengan kejadian itu, rakan pasangan tersebut kemudian menyelimut kedua-dua mereka dengan menggunakan kain sebelum dikejarkan ke hospital Mukah.

Sementara itu kakitangan perubatan di sini yang dimaklumkan mengenai kejadian itu telah bersiap sedia untuk membantu memberikan rawatan.

Bagaimanapun, kenderaan yang membawa pasangan tersebut berpatah balik semula ke Mukah apabila kedua-dua mereka pulih daripada serangan kekejangan otot yang menyebabkan mereka akhirnya terpisah.

Menurut sumber, pasangan terbabit berusia dalam lingkungan 30-an dan masing-masing telah mendirikan rumah tangga.

nDifahamkan, pasangan kekasih tersebut sering keluar bersama ketika suami wanita terbabit keluar bekerja di tempat lain.

Turut difahamkan suami wanita terbabit yang merasakan isterinya berlaku curang, telah mendapatkan khidmat bomoh untuk mengenakan kedua-dua mereka.

Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia, cawangan Sibu Dr. Hu Chang Hock ketika dihubungi mengesahkan kejadian seumpama itu pernah berlaku dan dikenali sebagai “varinismus do pccur”.

“Kejadian seumpama itu boleh berlaku ketika pasangan yang mengadakan hubungan seks berada dalam situasi kemuncak syawat,” katanya.

Insiden terbabit dikatakan telah tersebar secara meluas serta menjadi buah mulut di Mukah, menyebabkan ada yang menghubungi wartawan untuk mendapatkan pengesahan.


Dipetik dari sini

http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3473